gua niah road trip

perjalanan dari bandar miri ke gua niah mengambil masa sejam lebih.kalau ada tengok posting ke bekenun atau tusan beach ini lah jalan dia tapi jauh lagi.hakikat sebenarnya ke gua niah ni mencabar mental fizikl emak dan ayah.tapi alhamdulillah kids done a good job.

kalau ada rasa nak camping pun boleh sebab disediakan tapak..macam best je kan.selepas naik boat dari jetty bermula lah perjalanan kaki mendaki meredah hutan..ada kot sejam setengah meredah hutan huhu sila bersabar kalau bawa nak kecil ya..alhamdulillah anak-anak tak banyak hal cuma arissa saja waktu perjalanan balik dia tidur suka tak suka penat tak penat ayah pikul juga lah.kalau yang suka aktiviti lasak nak keluar peluh boleh lah jelajah gua niah kalau tak sila lah jangan ya.tapi best experience juga lah..pasang juga niat nak ber camping tu.aktivi ni sesuai sangat  pada golongan  yang suka hijau,alam sekitar lah senang cerita.

actually lepas ke gua niah kami plan ke air terjun berhampiran tak delah hampir sangat pun mau 45min jugak .tapi sampai di lokasi dah tept jam 3..huhu.jadinya atas  faktor keselamatan pihak pengurusan hutan tak bagi masuk kalau masuk pun sampainya mungkin dah gelap.kalau nak mandi air terjun sebaiknya awal  pagi dah gerak dari bandar miri.

kota kinabalu 2017

percutian spontan yang pertama dalam 2017…seperti biasa manfaatkan cuti yang ada. kami ke kota kinabalu untuk kali yang keberapa tah.. sila lah jemu masalahnya kami tak jemu. walaupun road trip ni bukan seperti highway di semenanjung Malaysia ye..road ke kota kinabalu ni agak kurang sesuai di lalui waktu malam.kami dah pun tersesat waktu perjalanan balik padahal road limbang tu selalu kot kami lalu pun boleh terlepas simpang…malam hari pulak.

road trip kami mengambil masa 8jam atas factor anak kecil lagi pula arissa dah no cloth diapers so banyak permintaan menunaikan hajat serta mengisi perut… wahaha banyak perut perlu di isi.tips anak kecik tak merengek masa road trip yang panjang..bagi mereka selesa sahaja..perut kenyang sure mereka tak banyak hal.alhamdulillah my kids semua ok..walaupun kami tak supply handphone or tab untuk di belek.tapi anak-anak ada bawa buku atau toys diaorg sendiri.

lokasi penginapan seperti biasa rumah sister in law.kalau ke kota kinabalu ni uolls wajib ke kundasang.desa dairy farm..maklum cuti CNY desa dairy farm memang menjadi tumpuan sampai parking pun penuh..ada yang menapak dari bawah..beli susu pun beratur berejam.

selain desa dairy farm uolls boleh masuk ke kaki gunung kinabalu.kereta pun boleh masuk bayar sikit je rm 3/pax.mula-mula mereka kenakan fees masuk bukan warganegara sebab kereta kami no pendaftaran brunei.

I ask again we are Malaysian..and we got normal price.selain mebuang masa yang berfaedah di atas gunung ni yang dah berkali-kali kami singgah..tempat fav kami di kota kinabalu ialah shopping.kat sini macam boleh shopping dengan tenang kot,tak crowded sangat compare kalau kami balik shopping di kuala lumpur.

sebenarnya nak ke tawau/samporna pada tarikh ni..tapi atas factor tertentu kami batalkan dan terus proceed ke kota kinabalu sahaja.

so layan lah picture di bawah.

toilet training nur arissa

alhamdulillah dah sebulan/dua bulan lebih juga arissa dah berjaya..

no cloth diapers siang dan malam

kami start october..seminggu ke dua minggu leen training arissa..

bawa ke tandas setiap jam atau sebelum dan selepas drop /ambil abang dan kakak ke sekolah.selepas dua minggu arissa dah boleh cakap /beritahu bila dia nak ke tandas.untuk malam memang tak training apa-apa.pakai kan sahaja cloh diapers..tapi siangnya memang kering..so leen rasa dia memang tak perlukan dah cloth diapers…jalan jauh-jauh pun dah tak pakai cloth diapers…dia sendiri akan request untuk ke tandas..walaupun pakaikan cloth diapers atau pampers ke dia tetap akan mintak tandas.

by the way memang toilet training kali ni agak mudah walaupun start agak lambat..memandangkan yang lain dua tahun enam bulan dah ready…tapi dengan arissa memang dia dah betul-betul bersedia..and i ada good assistant ..aisyah yang selalu bantu arissa untuk ke tandas.

alhamdulillah 3tahun 3bulan arissa dah boleh dan lulus toilet training.

tahniah sayang.

adana turki…

 

wah…ini sangat lah mendatangkan kecemburuan..

encik suami ke turki …training by his company.

bini nangis tak dapat ikut wahaha..

good luck ye incik suami…..

tengok gambar je i is jeles u

flight dr brunei husband naik rba transit ke singapura

singapura naik Turkish airlines ke istanbul lebih kurang 10 hours..

istanbul pula tunggu flight ke adana..

by the way semoga suami dipermudah urusan….

ada rezeki bawalah kami pulak ye..

mak so lah cemburu..sangat..hahaha Continue reading “adana turki…”

picnic

sambung lagi story cuti-cuti
kali ni dalam brunei je
pantai tungku
nak ajak anak-anak swimming diaorg macam nak swimming di pantai
so kalau kat brunei area bandar u olls boleh swimming di angerik desa
kanak-kanak 50sen je ye..
disebabkan anak-anak nak main ombak pantai
so kita picnic sambil makan nasi lemak lah ye..
sementara boleh jalan-jalan ni..kan
hariz pun dah baik so sila lah besuka ria..
lepas makan pantai dituju

 

 

lepas mandi pasir pulak

 

 

 

kawan-kawan yang tak dapat cuti-cuti time school holiday jangan sedih ye
bercuti tak semestinya kena duduk hotel bagai..
manfaat kan cuti yg ada
bawak anak jalan gi pantai gi ni tak kuar modal pun
rajin sikit senseng lengan masak nasi lemak ke goreng mee ke
tu pun cukup janji anak-anak happy..
balik siap terlena lagi weiii huhhuuhuhu

 

tusan beach

Tusan beach..
short vacation
sambil menyelam minum air..
this week buka clamp hariz dan last paper encik suami
so puan isteri request ke tusan beach..
rasanya tak ramai yang tahu..
tempat memang terpencil
45 min perjalanan dari bandar miri.
jalan pun sunyi..
tapi pemandangan memang cantik lah
sangat
ombak sangat lah kuat ye…anak-anak ku pantang tengok laut
kiranya terjah je..
tak boleh nak…ombak kuat..

 

batu-batu kat sini semua cantik
asli..

 

haha pagi-pagi after bf terus terjah sini..mandi pun belum

 

gambar pun tak boleh nak gambarkan semua kecantikan..

 

ni jalan nak turun ke pantai..
kat atas tu semua anak dan ayah..
haha mak turun dulu sebab nak tengok jalan ok ke tak..
pastu baru panggil anak-anak..

 

kami..