kota kinabalu 2017

percutian spontan yang pertama dalam 2017…seperti biasa manfaatkan cuti yang ada. kami ke kota kinabalu untuk kali yang keberapa tah.. sila lah jemu masalahnya kami tak jemu. walaupun road trip ni bukan seperti highway di semenanjung Malaysia ye..road ke kota kinabalu ni agak kurang sesuai di lalui waktu malam.kami dah pun tersesat waktu perjalanan balik padahal road limbang tu selalu kot kami lalu pun boleh terlepas simpang…malam hari pulak.

road trip kami mengambil masa 8jam atas factor anak kecil lagi pula arissa dah no cloth diapers so banyak permintaan menunaikan hajat serta mengisi perut… wahaha banyak perut perlu di isi.tips anak kecik tak merengek masa road trip yang panjang..bagi mereka selesa sahaja..perut kenyang sure mereka tak banyak hal.alhamdulillah my kids semua ok..walaupun kami tak supply handphone or tab untuk di belek.tapiĀ anak-anak ada bawa buku atau toys diaorg sendiri.

lokasi penginapan seperti biasa rumah sister in law.kalau ke kota kinabalu ni uolls wajib ke kundasang.desa dairy farm..maklum cuti CNY desa dairy farm memang menjadi tumpuan sampai parking pun penuh..ada yang menapak dari bawah..beli susu pun beratur berejam.

selain desa dairy farm uolls boleh masuk ke kaki gunung kinabalu.kereta pun boleh masuk bayar sikit je rm 3/pax.mula-mula mereka kenakan fees masuk bukan warganegara sebab kereta kami no pendaftaran brunei.

I ask again we are Malaysian..and we got normal price.selain mebuang masa yang berfaedah di atas gunung ni yang dah berkali-kali kami singgah..tempat fav kami di kota kinabalu ialah shopping.kat sini macam boleh shopping dengan tenang kot,tak crowded sangat compare kalau kami balik shopping di kuala lumpur.

sebenarnya nak ke tawau/samporna pada tarikh ni..tapi atas factor tertentu kami batalkan dan terus proceed ke kota kinabalu sahaja.

so layan lah picture di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *