keputusan exam

alhamdulillah both aisyah dan hariz sekolah pagi dan ugama pencapaian cemerlang.

sekolah bagi aisyah dan hariz dua-dua dapat no4. peratusan pun bagus.

sekolah ugama aisyah ada improvement sebelum ni no 11.yang terbaru no 2 peratusan 99%

hariz pulak peratusan menurun sikit 95% kedudukan pun turun no 7. hariz selalu dapat no 1 sekolah ugama so dia memang masam je keluar dewan.dont worry hariz usaha lagi.

semua ni  rezeki Allah…alhamdulillah

toilet training nur arissa

alhamdulillah dah sebulan/dua bulan lebih juga arissa dah berjaya..

no cloth diapers siang dan malam

kami start october..seminggu ke dua minggu leen training arissa..

bawa ke tandas setiap jam atau sebelum dan selepas drop /ambil abang dan kakak ke sekolah.selepas dua minggu arissa dah boleh cakap /beritahu bila dia nak ke tandas.untuk malam memang tak training apa-apa.pakai kan sahaja cloh diapers..tapi siangnya memang kering..so leen rasa dia memang tak perlukan dah cloth diapers…jalan jauh-jauh pun dah tak pakai cloth diapers…dia sendiri akan request untuk ke tandas..walaupun pakaikan cloth diapers atau pampers ke dia tetap akan mintak tandas.

by the way memang toilet training kali ni agak mudah walaupun start agak lambat..memandangkan yang lain dua tahun enam bulan dah ready…tapi dengan arissa memang dia dah betul-betul bersedia..and i ada good assistant ..aisyah yang selalu bantu arissa untuk ke tandas.

alhamdulillah 3tahun 3bulan arissa dah boleh dan lulus toilet training.

tahniah sayang.

picnic

sambung lagi story cuti-cuti
kali ni dalam brunei je
pantai tungku
nak ajak anak-anak swimming diaorg macam nak swimming di pantai
so kalau kat brunei area bandar u olls boleh swimming di angerik desa
kanak-kanak 50sen je ye..
disebabkan anak-anak nak main ombak pantai
so kita picnic sambil makan nasi lemak lah ye..
sementara boleh jalan-jalan ni..kan
hariz pun dah baik so sila lah besuka ria..
lepas makan pantai dituju

 

 

lepas mandi pasir pulak

 

 

 

kawan-kawan yang tak dapat cuti-cuti time school holiday jangan sedih ye
bercuti tak semestinya kena duduk hotel bagai..
manfaat kan cuti yg ada
bawak anak jalan gi pantai gi ni tak kuar modal pun
rajin sikit senseng lengan masak nasi lemak ke goreng mee ke
tu pun cukup janji anak-anak happy..
balik siap terlena lagi weiii huhhuuhuhu

 

tusan beach

Tusan beach..
short vacation
sambil menyelam minum air..
this week buka clamp hariz dan last paper encik suami
so puan isteri request ke tusan beach..
rasanya tak ramai yang tahu..
tempat memang terpencil
45 min perjalanan dari bandar miri.
jalan pun sunyi..
tapi pemandangan memang cantik lah
sangat
ombak sangat lah kuat ye…anak-anak ku pantang tengok laut
kiranya terjah je..
tak boleh nak…ombak kuat..

 

batu-batu kat sini semua cantik
asli..

 

haha pagi-pagi after bf terus terjah sini..mandi pun belum

 

gambar pun tak boleh nak gambarkan semua kecantikan..

 

ni jalan nak turun ke pantai..
kat atas tu semua anak dan ayah..
haha mak turun dulu sebab nak tengok jalan ok ke tak..
pastu baru panggil anak-anak..

 

kami..

 

CERITA SUNAT CLAMP

alhamdulillah..setelah survey dibuat kami sepakat
buat clamp utk hariz
memandangkan lokasi sunat di miri..rasanya kaedah clamp paling sesuai
lagi pun ayahnya memang berurusan di miri 2 minggu ni..
exam lah apa lagi huhu..
kami buat di klinik doc haizam..
kos rm 180.00
by the way doc pun bagus
ajar my hariz macam mana nak jaga
serta pantang larangnya..
kami meninap semalam di miri..
kali ni kami tempah hotel.
hotel nur ni rupanya di miliki oleh
dr haizam haha
macam pakej lah pulak.
so dah alang-alang ke miri..
jalan-jalan lah sebab nya
cuti sekolah ni kami bakal lepak di rumah je
sebab encik suami nak ber training
nangis tepi bucu katil sebab tak dapat ikut
duit tabung habis dah beli kain
huhuhuhu..
nangis lagi sebab program ke mabul
terpaksa di batalkan..
gambar ni lepas sunat.

 

pergi balik kena hadap Q

 

see..ramai kan..non muslim pun bersunat di sini
try this satay..kuahnya ala kuah kacang di perak

 

siang harinya melepak di luak beach..
oklah kan miri pun janji ada juga bercuti nya walaupun every week ke sini..

 

tamat sesi persekolahan 2016

tamat sudah sesi persekolahan 2016
next year bertambah lagi..seorang anak ke sekolah.
alhamdulillah sesi pagi pun
aisyah dan hariz cemerlang juga
hariz no 5
aisyah no 15 ada juga exam yang tak sempat ambil
sebab kekalutan balik ke kampung.
untuk sek ugama next year baru aisyah mula bersekolah
masuk pra
ni pun masih proses memohon lagi
banyak urusan nak kena selesai..
sampai hari tanda tangan report kad
sek ugama hariz pun mak terlupa
datang masa hari penyampaian hadiah
tau-tau hariz ambil hadiah no 1..
alhamdulillah
teruskan usaha mana tau ada rezeki boleh
apply sek tahfiz di brunei pulak kan..
good luck my kids
meriah hadiahnya..
boleh guna untuk next year.
100%–mak pun terkejut hihi..
alhamdulillah..
mak doakan semoga hariz berjaya.

 

oum-sem jan

alhamdulillah selesai dah exam sem January
ini lah view kami kalau exam pagi
subuh-subuh hari dah keluar.
kalau anak-anak sekolah kenalah minta 
kawan dekat-dekat ambil kan hantarkan budak berdua tu
yang dua org lagi kami hantar day care for 3 hours di miri
memang banyak yang bantu kami
mcm sangat memang bersyukur sangat dapat jumpa
orang baik-baik.
alhamdulillah adat merantau
mana nak ada sedara mara ramai2 kat tempat tinggal kita
huhu ada sepupu tapi jauh pulak..dari rumah kami..
semoga lekas-lekas habis belajar
terima kasih sangat kepada rakan-rakan yang banyak
bantu kami dekat sini..
bukan mudah ye pjj dua negara
passport ai lagi lah jangan cerita setahun sekali
renew ..mau tak every weeks melawat limbang
ke miri lagi
ada juga kawan-kawan yang kata
amboi ke limbang sorang2 brutal betul
boleh join mak-mak brutal
hoho..
kalau tunggu hb ai tak gerak mana lor
dia busy kerja..so kena lah pandai-pandai sendiri
redah hutan belantara..
mohon sentiasa diberi perlindunggan Allah dan dijauhi
dari pekara-pekara yang tak baik.

pantai muara

cuti sekolah tak sempat gi mana
plan nak ke kota kinabalu pun tak sempat
sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar anak2
nak balik malaysia beli tiket dgan aa
bigcard cam hampeh dah masuk duit tak boleh guna 
email dua minggu dah tak selesai
ni nak dekat sebulan duit sangkut kat situ
alhamdulillah dapat gak beli tiket ng RBA
MENYAMPAH DAH NAK BELI AA
bawa anak ronda2 tepi pantai sambil tunggu ayah balik
kerja
maklumlah dok rumah la kerja jadi dreba hihi
ni tengah pening sat gi laki kena pi training ke turki
sapa nak tulong 
jadi sotong lah mak oiii
haha ..ikut sekali boleh ….huhuhu 
hati pun tengah riso je..
mama tak berapa sihat
cepat-cepat lah abis exam nak balik kampung..
T.T
hanya ALLAH jelah yang tau perasaan aku yang jauh nie..

rezeki anak-anak

pernah cerita dulu…kan-rasanya lah..
masa tengah makan satu family rasanya baru 2-3 bulan lepas
ada pakcik ni datang cakap makan ye saya bayar..
terkejut masa tu..pakcik tu kata tengok anak2 4org ni teringat anak2 dia masa kecil macam nih lah..then dia cerita pasal anak nya yg sakit di hospital..semoga anak pakcik cepat sembuh.
beberapa hari lepas makan kat amanah harith sebab teringin nak rasa asam pedas dia..maklumlah kami kat sini memang jenis teringin je makan makanan semenanjung lama tak balik kot dari bulan 9.haha sampai semenanjung teringin makan makanan borneo pulak.
so pulun order segala nasi lemak,roti canai,asam pedas bagai.dari jauh mak cik pakcik ni senyum2 tengok arissa.
tak lama makcik ng pakcik ni datang dekat tegur..teringat cucu kami sama mukanya, gayanya atu.. ..namanya arina..apakan namanya ani
kami jawab arissa..
makcik ni pegang pipi arissa..suka betul dia.. berborak-borak sekejap
lepas tu makcik pakcik beredar gi bayar .
kemudian mereka patah balik semula…sudah kami bayar ye..
nak tersedak aku dengar…
terima kasih..alhamdulillah semoga rezeki makcik pakcik makin murah..
tu belanja makan…satu family tau..lagi makan kat amanah harith pulak..huhu kat sini makan boleh tahan mahal jugak ye.
yang jumpa tak kenal pun ada tengah beli jagung ada pakcik bagi anak aku duit..dekat dalam masjid..pun pernah..
tengah makan pun pernah..selalunnya hari jumaat.

belum lagi jiran-jiran tuan rumah sahabat handai yang pemurah lagi baik hati.
mana-mana kami pindah pun tuan rumah baik hati ada je makanan yang masuk rumah kami.
jiran-jiran kami alhamdulillah ..duduk jauh ni memang rezeki sangat diberi jiran tetangga yang baik hati tolong menolong.
kawan-kawan alhamdulillah hanya ALLAH je yang balas kebaikan mereka.
kadang-kadang terfikir nikmat Allah bagi rezeki selalu nya nenek-nenek atok-atok yang datang pada anak-anak ku..ialah atok pompuan perak diaorg jauh..tu je atok yang diaorg ada sekarang.
mengubat kerinduan pada atok mereka

mata masuk habuk..

—memberi lah tak kira dengan siapa pun—–