apa tu OCD..

apa tu OCD ..

Definition

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) is a common, chronic and long-lasting disorder in which a person has uncontrollable, reoccurring thoughts (obsessions) and behaviors (compulsions) that he or she feels the urge to repeat over and over. 
boleh baca sendiri..pendapat peribadi..aku sakit was-was dan mahu kesempurnaan..kalau kronic tu dah penyakit jiwa tau jangan main2.pernah dengar org cerita rasa was2 tak bersih gosok gigi sampai kumor dgn clorox ok..untuk elak penyakit was2 ni amalkan lah surah an-nass ye 
aku bukan jenis perfectionist…tapi memang tak boleh tengok selerak or kotor tu je..bukan jenis nak kena susun ikut warna ikut saiz dan sebagainya..kalau kemas dan cantik aku on je..
btw seorang yang aku kenal ada ocd ni my lovely husband..dia jenis yang susun hanger pun ikut warna..pastu memang tak suka semak sepah..dia memang tak boleh duduk..paling bagus dia akan kemas semua benda kalau dia rasa semak sangat..haha ni aku suka..kadang-kadang dia kemas semula ..dulu aku rasa kronic sekarang ni ok sikit bahaha
beg bini pun dia kemas weiii….hahaha..
kalau pindah rumah harus letak dalam kotak seal dan ber label.mana yang tak pakai dia akan asing dan buat but this way memang aku suka sebab rasa good organize kitaorg ni pindah dah banyak kali setiap kali pindah memang akan buat prosess ni..
dia akan susun dan asingkan haha..nasib dia buat sama-sama kalau harap bini je tu memang tak patut.dulu lagi keep complaint oh ini tak boleh begini..ini mesti mcm ni..
sekarang dia pandai buat sendiri.sebab aku pun kadang -kadang ada specification sendiri ..
kalau dapur semak dan kotor aku memang tak boleh nak masak..huhuhu…
baju dalam lemari memang tak boleh sepah …itu paling aku tak suka..kikiki…sekarang ni memang kitaorg train anak-anak kemas sendiri barang-barang diaorg ..
dulu aku macam tak percaya anak-anak kemas..nanti tak bersih tak kemas macam kita nak..then anak kita pun semua harap kat kita.dulu masa ada maid pun ada benda yg aku tak percaya maid buat ..contoh cuci cloth diapers hhuhu..lama-lama kau bagi gak maid buat.sekarang ni tak de lah penat sangat nak kemas rumah sebab anak-anak akan kemas sendiri cuma kalau yg dua kecil tu memang mak kena dera lah kemas..
anak yg sulong pun dah pandai masak air,iron baju sendiri..yg 2nd rajin tolong masak ..suka tumbuk lesong batu haha..husband ada cakap dia kecik2 suka tolong arwah mak buat kerja rumah sebab tu dia tak kisah sangat nak kemas2 and memang tak boleh rumah sepah-sepah..owh saya memang berterima kasih..pada arwah ibu mertua ku..so now i teach my kids ..lepas makan pun anak yang sulong lelaki kemas dan bersihkan meja makan ..sapu segala sampah lap meja..sebabnya nak ajar dia dari kecil..semoga rajin tolong isteri bila dah besar.
btw ocd sebenarnya kena kawal juga jangan melampau sangat ..huhu aku memang ada penyakit tak boleh guna toilet yg org lain guna terutama kalau lelaki bukan keluarga atau aku tak kenal..aku pernah kerja dekat satu tempat ni..tak pernah guna toilet dia sebab toilet dia share lelaki perempuan dan tempat aku kerja tu pelbagai negara ada india,sri langka ,filipino..huhu..memang aku blk rmh je atau gi masjid.and tandas awam pun mcm tu sanggup tunggu sampai rumah or cari tandas yang paling bersih..harap tak kena batu karang ke apa..hhuhu

ini rumah comel..selalunya encik suami akan let go 
atau bagi orang mana-mana barang yang tak guna
sebab dia memang jenis tak suka barang banyak dalam rumah
dia suka kemas dan bersih..

ini lah yang kami akan buat kalau pindah rumah..
pack seal dan label 
rumah yang dia tinggal tu pun encik suami akan sapu/cuci bagi
bersih
rasanya dalam 3 tahun ni dah 5-6kali pindah rumah.

hujung minggu yang sibuk

selamat tahun baru!
sekolah pun dah nak buka so dengan segara menyudahkan tempahan-tempahan
sebelum nak cerita tempahan nak cerita pasal tengahari tadi
memandangkan lama tak makan dekat area OPIS lama ai
so pergi lah sana lunch lah konon..
tabiat kitaorg ni memang suka order air kosong je…
also my kids air masak tu dua tiga gelas pun diaorang layan
so senang sebab air spesis manis dan air buah mahal 😛
and yg kids kecil2 ni kalau big portion memang bahagi dua
contoh faris dengan arissa
dalam masa yg sama ada pakcik and makcik ni dok perati..
dia cakap dia ada 8 anak semua dah besar bila tengok anak2 kami terigat
anak2 dia ..
pastu dia cakap ..eh order2 lagi air pesi ka..
husband ku cakap
hihi kami memang minum air masak je
saya tak bagi sangat anak2 minum manis2..
lama sgt kami bersembang sampai bertukar-tukar phone
pakcik macik ni memang baik..
semoga anak sulong dia cepat sembuh
dah tiga bulan sakit sebab terjatuh.
masa kitaorg nak bayar makan
org kedai cakap dah bayar..
eh bila pulak bayar..
rupanya pakcik dan makcik tadi yang bayar kan.
TERIMA KASIH..
ok ..layan lah ke rajinan sebelum malas datang
new born set B$38.00

 

special set ni ai buat utk newborn kepada keluarga yg bantu kami
masa mula2 dtg brunei
terima kasih bagi pinjam kereta..
hampir 3bulan juga rasanya pakai kereta diaorg .

 

set bantal ni request by ain
$ 35.00

 

set cloth diaper ni request by kak jun
lengkap dengan soaker hemp lagi
price :RM 210.00

 

terbang dengan MAS

banyak nya nak share tapi takde kesempatan lagi
kita share mana yang terdaya je lah..
minggu lepas balik malaysia lagi
cari-cari tiket 
alhamdulillah 
ada jugak yang murah
boleh beli sekapal anak beranak
hahaha
1.4k juga ler
tapi nakbagi tau terbang dengan MAS memang terbaik
jatuh cinta sungguh saya
dengan layanan kelas pertama mereka 
walaupun i book kelas ekonomi
hahaha
bawa baby lah kata kan..
super duper ..
tak payah beratur..
diberi keutamaan
check in baggage pun di kaunter khas.. 🙂
indah nya perjalanan lagi sambil makan-makan
“tiada cas tersembunyi”
nak jadi cerita masa balik kami sampai klia lewat
gate close 7.30pg kami sampai dlam 7.45pg
alhamdulillah urusan dipermudahkan
tak stress sikit pun..
tetiba terkenang flight ke brunei dulu naik AA
kami tak dapat naik pun
kalau nak naik kena bayar  lagi sekian2
baru boleh naik 🙂
pas ni nak naik MAS lagi lah
bagi lah tiket murah2 lagi..
memang terbaik 

Gambar puasa Di Brunei

Banyak lagi pic tapi nie jelah yang mampu share
  seronok nya puasa kat sini berbuka awal
alhmdulillah..tahun ni memang berbuka pun masak saja di rumah
office close awal jam 3.30ptg dah balik
lagi kan rumah selangkah dari office…
 nikmat kan..dulu pun memang masak je tu pun balik tepat jam 5
ni kat sini bos bagi balik awal tunggu lagi tak masak..hihi
kuih2 pun kami bikin je
maklumlah sini bebelanja boleh tahan mahal juga
pandai pandai lah kan..

   kurma kurnia sultan

kuat!

hope i still strong here
mengalah tak bererti kalah kan
tak pe lah org nak buat kita
haha tapi lawan tetap

apalah yg aku merepek nie
huhuhu
thanks utk semangat org2 terdekat
suami,mak,anak2 sekurangnya
aku ada mereka
aku sentiasa ada ALLAH 🙂

JANJI ALLAH tu PASTI kan 🙂

SITE MEETING

mari lepak-lepak di site office
for technical meeting
di ripas hospital,Brunei
layan kan jerlah..
sebenarnya bukan nak story sal kerja
nak meluah rasa..
anak-anak dah start school
just mak risau dengan hariz…
takut  dia tak boleh nak terima lagi
tukar sekolah bagai..
tapi mak akan slowly 
every day buat activity bersama
mak akan work hard untuk hariz
maybe need extra home-school
di rumah
tak pelah orang comment
tentang hariz..
HARIZ TETAP ANAK YANG BAIK
sangat BAIK 
“kekurangan atau kelemahan setiap anak menjadikan
mereka sangat istimewa”

bertenang…

semoga masih kuat di sini..
huhuhu…
post cam patah semangat je..
tak de lah sangat pun
cuma nak kuatkan hati sendiri
bukan senang duduk di perantauan..
saat semua keluarga jauh..
sampai sampai je di sini
di duga mama sakit..
semoga mama diberi kesihatan yang baik
Alhamdulillah sekarang beransur baik
kepada orang yang berniat tak baik tu semoga diberi
hidayah…
bertenang dan cuba selesaikan satu persatu…
lepas siap pass kerja baru lah boleh beli kereta..
terima kasih lah kat kawan yang bagi pinjam kereta
seposen pun dia tak minta..alahai ..malu pulak rasanya.
walaupun ada yang rosak sikit..bersyukur lah dari tak de kan…
masalah pengasuh….huhuhu…
so far ada saudara di sini yang bantu..
walau pun jauh sikit..
cuma isu maid ni harus di fikirkan lagi
sebab ada yang tak kena
biarlah kami je yang tau dulu..
harap-harap hujung tahun ni suami boleh balik
selesai kan beberapa urusan tertunggak di malaysia..
i think kami memang kena jual 2-2 kereta yang ada..
kalau tak pakai lagi rugi..
so sapa nak beli alza or saga mai cari kami..
mujur lah kancil dah jual.
harap kalau ada urusan kami yang tak selesai dengan sesiapa
mohon bersabar…
kami bukan pindah rumah sahaja
kami pindah duduk negara lain..
tQ sangat pada yang order cp sanggup bersabar dan tunggu
until next year..thanks a lot sebab memahami dan memberi masa
pada lin untuk sesuaikan diri kat sini.
lately ni pun production susu berkurangan…
semoga Allah permudahkan urusan menyusukan Arissa..
sometime bantuan kata2 semangat adalah lebih baik dari bantuan harta benda..
bila teringat hari 1st sampai sini dengan bantuan kawan dan keluarga..
bersyukur sangat di temukan dengan orang-orang yang baik…

kalau nak berhijrah jiwa kena kental…………

merapu je lebih

2 weeks nie busy sangat nak updated
blog pun macam malas-malas…hihihihi….
Alhamdulillah..rezeki mencurah-curah
sejak akhir-akhir nie…
In shaa Allah..
em..ada gak good news..tapi
nanti dulul lah….semoga ianya yang terbaik….

tak sabar nak balik kampung sambut puasa
Alhamdulillah semenjak
jadi bos kat rumah (hahahaha)
banyak masa boleh diluangkan dengan anak-anak
sebab utama pun nak berhenti…..
so buat sementara waktu nie..
kena pejam mata ler kalau nak
shopping yang best-best
hahaha…nak cuti-cuti pun
kena pejam mata gak…
encik suami sangat sibok…:)

mengumpul dana nak cuti jauh-jauh sikit..
tak pun dalam malaysia pun ok 🙂

suri rumah :)

Alhamdulillah..

nak dekat dua bulan rasanya
pegang jawatan suri rumah sepenuh masa 🙂
pas nie kena sambung study pulak
dah tua beranak pinak baru nak belajar ye..
encik suami cakap kalau nak sambung kena
berhenti nanti mana dengan anak,kerja,study,hobi jahit lagi..urusan rumah lagi
urusan company lagi…
hahaha…encik suami cakap mechanical bukan senang…kerja pulak yg bidang tu jugak..
pun pressure juga nak pi meeting bagai,report ,tender segala mak nenek…so..memang kena berhenti
sebab tak moh anak terabai plus hobi jahit pun tak boleh nanti..hahaha
nak sketch up drawing pun tak dan nanti 🙂
so far  biz alhamdulillah…kalau orang tak bayar tu memang ada ler 23k tu…
em nak wat cam mana pun tak tau solat hajat kot kasi dia terbuka hati
balik ke pangkal jalan …cewah…
hobi jahit pun..best..banyak nya lah homemade utk newborn baby
rasanya dalam pantang nanti kena stop ambik order above RM 350.
sebab takut tak terbuat jer.
sekarang ni sarat -sarat pun still ambik jugak..(demi memenuhi permintaan)..
thanks semua…nie seronok nak merempit nih..
nak order kain pun macam segan tgk cos shipping luar negara..
hailah….labu…
habiskanlah lauk pauk yang ada lagi nie
dah jadi suri rumah nie kena jimat-jimat
dulu boleh lah….selalu ada extra..sekarang kena fikir sebelum
click hihihihihi 🙂