picnic

sambung lagi story cuti-cuti
kali ni dalam brunei je
pantai tungku
nak ajak anak-anak swimming diaorg macam nak swimming di pantai
so kalau kat brunei area bandar u olls boleh swimming di angerik desa
kanak-kanak 50sen je ye..
disebabkan anak-anak nak main ombak pantai
so kita picnic sambil makan nasi lemak lah ye..
sementara boleh jalan-jalan ni..kan
hariz pun dah baik so sila lah besuka ria..
lepas makan pantai dituju

 

 

lepas mandi pasir pulak

 

 

 

kawan-kawan yang tak dapat cuti-cuti time school holiday jangan sedih ye
bercuti tak semestinya kena duduk hotel bagai..
manfaat kan cuti yg ada
bawak anak jalan gi pantai gi ni tak kuar modal pun
rajin sikit senseng lengan masak nasi lemak ke goreng mee ke
tu pun cukup janji anak-anak happy..
balik siap terlena lagi weiii huhhuuhuhu

 

Ways to Declutter Your Home

secara lazimnya  bila dah berhijrah ni memang kami mengamalkan konsep 
declutter our home..
konsepnya sebab tak nak barang dalam rumah terlalu banyak
dan tak berguna..
rumah kat malaysia pun macam tu…
kadang-kadang balik malaysia kerja mengemas rumah aje..haha
alhamdulillah baru tenang sikit kan..kalau rumah dah lapang
kalau rasa tak guna asingkan..
cara kami..
mulakan satu tempat ke satu tempat
means kalau buat dapur dapur je jangan campur aduk
kalau baju-baju
baju sahaja
gitu lah seterusnya
step;
1, pastikan lokasi cth dapur atau almari baju /barang yang hendak digunakan atau tidak
2.asingkan/kategori kan barang tersebut
-derma/sedekah
-jual semula/preloved
-buang
3.setetelah di asingkan label kan kotak tersebut
lakukan proses seterusnya..
kotak label buang…sila lah hantar ke tong sampah/pusat kitar semula
kotak label sedekah ..boleh lah bagi kepada sesiapa..selalu nya kalau di sini kami hantar di limbang atau keningau..
kotak preloved boleh lah lelong2 Instagram atau fb..di sini barang preloved memang laku keras juga.
lakukan proses decultter rumah anda paling bagus 3bulan sekali ..6bulan sekali pun memadai.
percayalah …rumah tak mudah bersepah dan mudah diurus..
barang-barang yang lazimnya terlibat dalam proses ini
baju
buku
peralatan dapur
perabot lama
mainan anak-anak
fabric-mak gile kain….
kadang-kadang memang ada barang yang sangat lah sayang hendak dibuang atau dijual tapi..kena letak rasa sayang tu jauh-jauh ye…hahaha
tutup mata
next nanti bagi gambar…sebelum ni buat tah mana-mana tah gambarnya..maklumlah ipong jahanam..
hahaha..baru nak ambik mood nak menjalankan operasi..

tamat sesi persekolahan 2016

tamat sudah sesi persekolahan 2016
next year bertambah lagi..seorang anak ke sekolah.
alhamdulillah sesi pagi pun
aisyah dan hariz cemerlang juga
hariz no 5
aisyah no 15 ada juga exam yang tak sempat ambil
sebab kekalutan balik ke kampung.
untuk sek ugama next year baru aisyah mula bersekolah
masuk pra
ni pun masih proses memohon lagi
banyak urusan nak kena selesai..
sampai hari tanda tangan report kad
sek ugama hariz pun mak terlupa
datang masa hari penyampaian hadiah
tau-tau hariz ambil hadiah no 1..
alhamdulillah
teruskan usaha mana tau ada rezeki boleh
apply sek tahfiz di brunei pulak kan..
good luck my kids
meriah hadiahnya..
boleh guna untuk next year.
100%–mak pun terkejut hihi..
alhamdulillah..
mak doakan semoga hariz berjaya.

 

sesi membawa customer

me time sangat ni..
mcm biasa ada customer booking kereta tapi nak dengan driver
di sebabkan customer  perempuan so..
i ler yang bawa
customer ni nak ke dubai
transit di brunei so..
dia nak jalan-jalan and explore  makanan
di brunei..
lin bawa dia ke kg air..
masjid-masjid di brunei
dan makan ambuyat…
ahaha..ni bawa aisyah je
lain-lain tinggal dengan encik suami

 

 

 

 

wall deco

terjangkit dengan pinterest..
haha so tertambal lah di wall bilik..
nanti tambah ler lagi apa yang patut
tunggu hujung tahun jejak ke kota kinabalu
dan singgah ke kaison..

 

wall paper beli di lazada rm 24 lebih kurang..
balance dia ai kerat lekat kat bilik sebelah ..
jimat.

 

katil ni dah buka…huhu wish me dapat rumah
besar sikit dengan harga sewa yang
berpatutan

 

jamu mata je..

 

katil SSF

ssf ada sale untuk members..until end of this month
boleh tahan murah gak cantik pulak..huhuhu..
tapi sale kat semenanjung lagi best kot..
murah lagi dari sarawak
harap sempat lah nak grab seketul kan
hari tu nak beli tapi anak-anak ikut
so memang pack kereta..
beli luar negara so kenalah pikul sendiri
add water and soap ..kena hack jadi port letak beg sekolah ye..
supaya tak sakit mata..
beli dari lazada..
rm 20 je kot..
side table tu beli masa ikea sale..
sofa as is..seratus lebih je wehh..haha

 

ini ler katilnya..tak yag pujuk hb beli tujuk je dia terus cakap
cantik..harga pun nice..
haha..
nasib hb taste sama..
hb cakap kita try this week lah keluar lagi..
inshallah kalau ada rezeki tak kemana..
kan..kan..

 

ini pun satu hal..padat sangat dah..huhu….
mungkin kena mula cari rumah lain kot..
huhuhu..rumah ni actually
best juga..
tuan rumah baik
tapi too small untuk kami yg ramai rakyat jelata..
tapi seriously..memang ai suka duduk rumah ni
murah dan dekat dengan sekolah anak-anak…

 

weekend di jerudong park

berhujung minggu..
minggu ini rehat tak ke pejabat pos..
so ada masa lah nak keluar bawa anak-anak jalan
jauh sikit…
tak jauh mana pun jerudong je..
singgah lepak makan tepi pantai
terendak cafe..
ni yang tepi pantai..
sambil makan boleh layan ombak
sambil tu boleh singgah tengok gajah
sebijik mcm ice age..
haha..kembar dia kot..
pusing-pusing
sambil layan kuda-kuda yang ada..
nice place nak lepak dengan family..
layan picture dibawah..

 

 

 

 

 

amalan yang kita amalkan apabila makan di luar

ini tabiat my husband..yes before kawin lagi dia memang perangai gini
hihi..keluar makan dating konon
nak makan dia siap susun-susun dulu pinggan.bagai ..
memang kira rapi ler gitu..baru dia makan..
then kalau dah habis dia clean kan dulu meja..
lap kutip itu ini..
balance tapau kalau fast food dia request kotak bagai.
sekarang memang dah jadi amalan aku juga haha dulu muda-muda remaaja
makan kat kedai tinggal gitu je kan
sekarang..
kalau lepas makan je…mesti meja macam ni..
husband akan susun semua pinggan walau pun makan kat kedai makan ye.
biasalah kalau anak dah ramai memang bersepah juga.
so memang husband akan kemaskan dulu sebelum dia bayar
cuba buat mesti seronok..
…………………………………………….
ada satu cerita ni….
satu hari suami bagi duit ..pada puan isteri bnd 200
eh..bulan ni macam bagi lebih je duit
shopping puan isteri..
hihihi..
5minit kemudian encik suami dapat msg..
customer tetap booking kereta total up
bnd 200.00
wah..nampak tak…
bagi isteri duit…,murah rezeki tau…
mudahnya jemput rezekikan..
sekejap je  Allah bagi kan…
………………………………………………….

susun atur rumah kecil

ini susun atur sementara..saya kumpul dan menabung tambah perabot yang sesuai
susun atur ni memang sesuai untuk rumah yang kecil
rumah sewa kami di brunei
sekangkang anak-anak ku sahaja..
hihi..ini sahaja yang termampu buat masa ni
maklumlah encik suami seorang sahaja yang bekerja
puan isteri sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa
kami berdua pun masih belajar..
jenuh menabung bayar yuran tapi itu lebih baik
dari berhutang pinjaman bagai..kan.
ruang main anak-anak..
inshallah nak tambah wallpaper black..
boleh kamu conteng dinding ye..
semua barang ikea sebab mampu milik
haha..
nama pun merantau tak de nya nak beli mahal-mahal
nanti nak berangkut pindah kalau rosak
nangis..
ni ..suka hati hampa lah..

 

trofast wall ikea kena hack jadi gini..
tapi sebab ruang yang terhad memang plan nak gantung pun
beli as is..rm 90 sekali upah delivery ke denai alam.

 

ruang ni memang ruang bertapa anak beranak..
hajat hati nak tambah kerusi kecil di ruang membaca tu ..tapi
tunggu bajet dulu ye..

 

bilik ni memang kena compress lagi..
nak tukar wardrobe yg kecil lagi..sebab bilik ni memang kecil.
nanti leen up before and after.
rak ni memang sangat penuh..ada buku-buku anak-anak yang
dah di keluarkan
by the way..kami mengamalkan konsep
nak beli baru derma atau let go yang sedia ada
my husband is tak suka barang terlampau banyak dalam rumah
dia memang akan keluarkan asingkan
barang yang tak pakai..
dimana tak nak ada benda yang tak digunakan dalam rumah
ampun isteri suka buat sampah hahaha..
ini koleksi peribadi kami..
mata wang negara yang kami pernah lawati..
so beli dua-tiga frame lagi
boleh sambung hobi melancong.