gua niah road trip

perjalanan dari bandar miri ke gua niah mengambil masa sejam lebih.kalau ada tengok posting ke bekenun atau tusan beach ini lah jalan dia tapi jauh lagi.hakikat sebenarnya ke gua niah ni mencabar mental fizikl emak dan ayah.tapi alhamdulillah kids done a good job.

kalau ada rasa nak camping pun boleh sebab disediakan tapak..macam best je kan.selepas naik boat dari jetty bermula lah perjalanan kaki mendaki meredah hutan..ada kot sejam setengah meredah hutan huhu sila bersabar kalau bawa nak kecil ya..alhamdulillah anak-anak tak banyak hal cuma arissa saja waktu perjalanan balik dia tidur suka tak suka penat tak penat ayah pikul juga lah.kalau yang suka aktiviti lasak nak keluar peluh boleh lah jelajah gua niah kalau tak sila lah jangan ya.tapi best experience juga lah..pasang juga niat nak ber camping tu.aktivi ni sesuai sangat  pada golongan  yang suka hijau,alam sekitar lah senang cerita.

actually lepas ke gua niah kami plan ke air terjun berhampiran tak delah hampir sangat pun mau 45min jugak .tapi sampai di lokasi dah tept jam 3..huhu.jadinya atas  faktor keselamatan pihak pengurusan hutan tak bagi masuk kalau masuk pun sampainya mungkin dah gelap.kalau nak mandi air terjun sebaiknya awal  pagi dah gerak dari bandar miri.

kota kinabalu 2017

percutian spontan yang pertama dalam 2017…seperti biasa manfaatkan cuti yang ada. kami ke kota kinabalu untuk kali yang keberapa tah.. sila lah jemu masalahnya kami tak jemu. walaupun road trip ni bukan seperti highway di semenanjung Malaysia ye..road ke kota kinabalu ni agak kurang sesuai di lalui waktu malam.kami dah pun tersesat waktu perjalanan balik padahal road limbang tu selalu kot kami lalu pun boleh terlepas simpang…malam hari pulak.

road trip kami mengambil masa 8jam atas factor anak kecil lagi pula arissa dah no cloth diapers so banyak permintaan menunaikan hajat serta mengisi perut… wahaha banyak perut perlu di isi.tips anak kecik tak merengek masa road trip yang panjang..bagi mereka selesa sahaja..perut kenyang sure mereka tak banyak hal.alhamdulillah my kids semua ok..walaupun kami tak supply handphone or tab untuk di belek.tapi anak-anak ada bawa buku atau toys diaorg sendiri.

lokasi penginapan seperti biasa rumah sister in law.kalau ke kota kinabalu ni uolls wajib ke kundasang.desa dairy farm..maklum cuti CNY desa dairy farm memang menjadi tumpuan sampai parking pun penuh..ada yang menapak dari bawah..beli susu pun beratur berejam.

selain desa dairy farm uolls boleh masuk ke kaki gunung kinabalu.kereta pun boleh masuk bayar sikit je rm 3/pax.mula-mula mereka kenakan fees masuk bukan warganegara sebab kereta kami no pendaftaran brunei.

I ask again we are Malaysian..and we got normal price.selain mebuang masa yang berfaedah di atas gunung ni yang dah berkali-kali kami singgah..tempat fav kami di kota kinabalu ialah shopping.kat sini macam boleh shopping dengan tenang kot,tak crowded sangat compare kalau kami balik shopping di kuala lumpur.

sebenarnya nak ke tawau/samporna pada tarikh ni..tapi atas factor tertentu kami batalkan dan terus proceed ke kota kinabalu sahaja.

so layan lah picture di bawah.

picnic

sambung lagi story cuti-cuti
kali ni dalam brunei je
pantai tungku
nak ajak anak-anak swimming diaorg macam nak swimming di pantai
so kalau kat brunei area bandar u olls boleh swimming di angerik desa
kanak-kanak 50sen je ye..
disebabkan anak-anak nak main ombak pantai
so kita picnic sambil makan nasi lemak lah ye..
sementara boleh jalan-jalan ni..kan
hariz pun dah baik so sila lah besuka ria..
lepas makan pantai dituju

 

 

lepas mandi pasir pulak

 

 

 

kawan-kawan yang tak dapat cuti-cuti time school holiday jangan sedih ye
bercuti tak semestinya kena duduk hotel bagai..
manfaat kan cuti yg ada
bawak anak jalan gi pantai gi ni tak kuar modal pun
rajin sikit senseng lengan masak nasi lemak ke goreng mee ke
tu pun cukup janji anak-anak happy..
balik siap terlena lagi weiii huhhuuhuhu

 

tusan beach

Tusan beach..
short vacation
sambil menyelam minum air..
this week buka clamp hariz dan last paper encik suami
so puan isteri request ke tusan beach..
rasanya tak ramai yang tahu..
tempat memang terpencil
45 min perjalanan dari bandar miri.
jalan pun sunyi..
tapi pemandangan memang cantik lah
sangat
ombak sangat lah kuat ye…anak-anak ku pantang tengok laut
kiranya terjah je..
tak boleh nak…ombak kuat..

 

batu-batu kat sini semua cantik
asli..

 

haha pagi-pagi after bf terus terjah sini..mandi pun belum

 

gambar pun tak boleh nak gambarkan semua kecantikan..

 

ni jalan nak turun ke pantai..
kat atas tu semua anak dan ayah..
haha mak turun dulu sebab nak tengok jalan ok ke tak..
pastu baru panggil anak-anak..

 

kami..

 

CERITA SUNAT CLAMP

alhamdulillah..setelah survey dibuat kami sepakat
buat clamp utk hariz
memandangkan lokasi sunat di miri..rasanya kaedah clamp paling sesuai
lagi pun ayahnya memang berurusan di miri 2 minggu ni..
exam lah apa lagi huhu..
kami buat di klinik doc haizam..
kos rm 180.00
by the way doc pun bagus
ajar my hariz macam mana nak jaga
serta pantang larangnya..
kami meninap semalam di miri..
kali ni kami tempah hotel.
hotel nur ni rupanya di miliki oleh
dr haizam haha
macam pakej lah pulak.
so dah alang-alang ke miri..
jalan-jalan lah sebab nya
cuti sekolah ni kami bakal lepak di rumah je
sebab encik suami nak ber training
nangis tepi bucu katil sebab tak dapat ikut
duit tabung habis dah beli kain
huhuhuhu..
nangis lagi sebab program ke mabul
terpaksa di batalkan..
gambar ni lepas sunat.

 

pergi balik kena hadap Q

 

see..ramai kan..non muslim pun bersunat di sini
try this satay..kuahnya ala kuah kacang di perak

 

siang harinya melepak di luak beach..
oklah kan miri pun janji ada juga bercuti nya walaupun every week ke sini..

 

ulu temburong

ini adalah edisi terjah..
lepas buat passport anak di limbang gegas-gegas ke pos office untuk
postout order ..
alhamdulillah selesai semua..next week tunggu barang baru sampai ye
then encik suami cakap –memang dah cakap awal-awal pun nak round sampai lawas
ceritanya nak cari durian konon
sesungguhnya kami anak beranak craving ler sangat-sangat.
tak sampai lawas singgah di temburong nak melawat national park
sedia maklum jalan memang dalam hutan dan jauh ler sesangat..
teruja sampai di ulu temburong tapi air cetek bot sampan tak jalan nak ke national park
cantik sangat but we plan go next time..ni pakai terjah je..
so sempat ler singgah beli telur masin homemade gitu..
sudahnya baru ke lawas tapi sebijik durian pun tak nampak..
balik jumpa lah kat limbang sebijik rm 30.00
voleh lah sekadar nak lepaskan kempunan..
haha..dapat ler merasa sorang seulas
ada enam ulas je sebijik durian tu…
huhuhu
air..rasa nak terjun mandi je

 

 

sesungguhnya memang nak datang lagi..barang semalam tidur kat sini pun best.

 

 

pantai serasa,brunei

tak dirancang ..
dah banyak kali anak-anak request
picnic or berkhemah..
tapi huhhu selalu tertangguh..lagi-lagi
ayah dah nak kena start ot on Saturday
so Sunday sementara ada waktu bawak lah anak-anak 
picnic..
ada pantai lain macam muara or pantai tungku..
but this time kitaorg pilih pantai serasa..
kawasan memang bersih..
tenang je..
santai sangat bentang tikar makan nasi lemak sambal ikan bilis
memang meletop..
angin sepoi-sepoi je
dangan keadaan persekitaran yang bersih 
tiada sampah sarap..
enjoy u 

anak ajak main ,mak nak lepak..hihihi

boleh baring-baring lagi si kecil ni..
next time kita bawa khemah..
memang best next week boleh bawa kawan-kawan seangkatang 
potluck di sini..
hargailah pantai yang bersih…
hahaha

brunei-tenom-keningau-banjaran crocker-kota kinabalu

salam..
trip cuti-cuti bajet kali ini ke kota kinabalu
maklumlah kakak ipar sponsor tempat tidur 🙂
untung ada keluarga merata dunia…
bulan depan nak pergi lagi nak terjah Kaison
mak dah terpengaruh dengan KKD-kelab kaki deco
bahahaha selama ni perati je..tunggu ye i pindah rumah kecil..
senang nak deco..
sambung cerita travel ..
kali ni kita ambil jalan untuk menghayati pemandangan huhu..
untuk ke kota kinabalu

this time kitaorg guna jalan tenom..
sampai di sipitang tu ambil jalan ke tenom ..
sepatutnya sebelum tenom ada ladang lembu
boleh perah sendiri susu lembu..weiii
huhu tapi kitaorg tak dan nak pi terjah
kejar masa konon kang sampai gelap gulita cam maner..
jalan tenom berbukit..permandangan..
YA ALLAH cantik sangat..
sampai tenom kena singgah kopi tenom tau..
owner dia serious baik
we all siap cas 2 handphone lagik..
dapat minum kopi free..
then dia bagi rasa original coffee without sugar..
peh..sedap..memang mula2 rasa pahit tapi pahit tu tak kekal..
akhirnya rasa manis..hahaha paham ker..

sampai tenom kami ke keningau
encik suami jumpa kawan kt tafiz..
hihi kawan dia bekas bos i..
….
lepas tu mula pilih jalan nak ikut ranau-kundasang or kimanis-papar..
kami pilih kimanis-papar..sebab nak lalu banjaran crocker..
then ada satu tempat yang akan kami lalui..di panggil
gravity terbalik..kita nampak macam mendaki tapi sebenarnya menurun..
lalu jalan keningau kimanis ni super best
sebab kebetulan masa kami lalu..
kabus sangat lah tebal..huhu
nampak jalan secoet je kat depan..
haha seram sejuk gak sebab jalan pusing-pusing seriau tak nampak jalan…

btw if sampai papar tu tempat terbaik korang nak singgah beli ikan bilis murah tau..
sampai kk kami menginap di rumah ngah..:)

2nd kami lepak main bowling kat 1borneo..hihi
lawan ng family ngah..
mesti ler family kami menang sebab abam sado kami..haha..
esok nya kami balik ikut kundasang-ranau-keningau-banjaran crocker
ke sipatang-lawas-temburong-limbang-brunei
jauhkan jalan…asalnya nak ke kundasang tapi hari cuti paham je lah..
full..parking sampai ke bawah..tak sanggup nak naik..kami terus je ke ranau..
wah jalan dia supeb menakutkan..maybe kesan dari gegaran dulu banyak tanah runtuh..
jala pun ada yang one way semestinya berliku-liku..
owh plz jangan jalan malam..

tapi perjalanan yang panjang tu jugak kami sampai lawas malam..
hihi mujur masih banyak kereta..
alhamdulillah sampai rumah pukul 11malam..

singgah makan di keningau..
banjaran crocker..angin dia..sejuk
masjid keningau
layan nasi arab
ni dah turun dari jalan keningau-kimanis
santai main bowling
keningau-kimanis(bajaran crocker)
makan-makan di rumah keluarga sabah

brunei to Kota kinabalu dec 2015

Alhamdulillah tahun 2015 dapat sekali lagi ke kota kinabalu
memandangkan nak balik semenajung tak cukup budget jadi
cuti-cuti malaysia di Kota Kinabalu sahaja.
Naik kereta sampai tapi sedia kan muka surat passport yang cukup jelah
sebab melalui sempadan negara brunei -sarawak-brunei-sarawak-sabah
🙂
perjalanan dari Bandar brunei mengambil masa lebih kurang 5 jam ke
kota kinabalu
ada dua jalan satu jalan biasa i think dekat sikit
satu lagi lalu keningau jalan berbukit ..
orang cakap pemandangan cantik tapi jalan seram sikit
i tak pernah lalu lagi jalan tu ..next time mungkin.
trip holiday kali ni memang khas untuk bershopping
maklumlah pada kami barang di malaysia masih murah berbanding
di brunei..
dan trip untuk berjumpa keluarga
tempat wajib pergi ..jalan sulaiman
makan lokan

 

satu dulang lokan rm 12..

 

di kimanis papar singgah beli ikan bilis
yummy memang murah dari di limbang
rm 28/kg

 

kami dinner di hotel tabung haji
disebabkan plan last min..so hotel tabung haji penuh
hampir 2 jam lebih pusing-pusing cari hotel..
pada saya hotel tabung haji memang best!
malam ke dua kami tidur di rumah ngah..
alhamdulillah best sangat next time nak datang lagi
2 hari tu memang shopping barang sekolah segala..
🙂