balik kampung ..

dua minggu lepas kami sekeluarga balik kampung secara mengejut
disebabkan kesihatan mama yang kurang baik
kata-kata doctor membuatkan kami balik sekeluarga
please doakan mama sihat semula
anak-anak minggu exam tapi kami minta pihak sekolah tangguhkan
sehingga buka sekolah.
terima kasih kepada yang banyak membantu
yang datang ziarah mama..
saudara jauh dekat
adik beradik yang di melaka juga datang
for this time memang saya rasa perlu tangguhkan lagi 
pengajian saya…
seminggu di kampung kami pulang sebelum hari raya haji
apa nak buat suami bekerja 
cuti pun tak banyak
orang lain happy nak balik kampung beraya
tapi kami kena balik bekerja
btw terima kasih utk suami
kerna semua pengorbanan dia
terima kasih sebab banyak support saya
izinkan saya balik hampir setiap bulan.
hospital taiping

flight balik ke miri

TERIMA KASIH

minggu yang sangat sibuk
balik sahaja dari malaysia dapat berita mama sakit
terus booking tiket untuk balik semula ke perak
alhamdulillah suami memberi keizinan untuk saya
balik menjaga mama
keadaan mama sekarang stabil

semoga mama tabah dan kuat melawan penyakit
masa yang ada di kampung memang digunakan untuk
menjaga mama di wad
alhamdulillah saya bersyukur sangat suami paham
memang perit juga balik sendiri tak de bahu nak mengadu
kesian juga dekat suami urus empat orang anak sendiri
kesian juga dengan mama dengan keadaan dia yang perlu memantauan
memang anak-anak lah harus menguruskan segala bukan serah pada jururawat
alhamdulillah mama dilayan dengan baik.

saya pun bersyukur sangat walaupun disaat terpaksa tinggalkan anak balik ke malaysia
anak-anak saya diurus dengan baik oleh jiran/rakan-rakan saya
mereka ni memang banyak membantu saya sejak dari dulu lagi.
saya tak risau makan sarapan anak bekal sekolah anak ..makan malam anak
ya Allah semua mereka tolong uruskan masa encik suami bekerja
anak-anak saya dijaga dengan baik…
mereka ni adalah rakan-rakan yang tidak akan saya lupakan
saya bersyukur dijumpakan atau ditemukan dengan mereka ini.

alhamdulillah bila keadaan mama makin baik baru saya balik
sampai rumah pun hati tenang…rumah kemas sangat
terima kasih encik suami

semoga mama semakin sihat…
love u mama
hari saya balik mama cakap
terima kasih pada saya dan suami
terima kasih kepada suami kerana izinkan saya balik
mama sayangkan suami .. T.T
menantu yang baik..dan mcm2 lagi
menangis ku dibuatnya..

terima kasih kepada keluarga yang datang melawat mama
terima kasih kepada adik beradik yang membantu hantar ambil di airport

terima kasih YA ALLAH.

terima kasih mama …apa yang mama dah buat lebih dari apa yang kami buat mama
menjaga mendidik ,MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK saya.

home sweet home-small house

salam..
mood mengemas dah mari..haha
tapi barang ai beli belum mari 
so kemas apa yang ada je dulu
nanti-nanti lah kita pikir kalau nak pindah rumah lagi
buat sementara 
this house sudah cukup bagus
ni lah dia merantau kan
rindu kat rumah sendiri kt merbau sempak nun
jom beli rumah kat miri nak..hahaha
erm cam bagus jerk idea tu
meja study belum sampai ..ai pakai je apa yang ada
hb cakap asal rumah tak semak
dia tak suka semak2
ai pulak suka bagi semak potong kain
buka parcel dr malaysia
penuh order ikea yg belum collect haish
cam store dah weii

ruang menjahit pun belum habis kemas
ni bila tahun nak habis kemas tak tau
hari2 kemas pun sepah
nak tayang scobby sebenarnya..
membesat dengan jaya..

nampak tak tu sebab tu bilik ai penuh kain

yes…

pantai muara

cuti sekolah tak sempat gi mana
plan nak ke kota kinabalu pun tak sempat
sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar anak2
nak balik malaysia beli tiket dgan aa
bigcard cam hampeh dah masuk duit tak boleh guna 
email dua minggu dah tak selesai
ni nak dekat sebulan duit sangkut kat situ
alhamdulillah dapat gak beli tiket ng RBA
MENYAMPAH DAH NAK BELI AA
bawa anak ronda2 tepi pantai sambil tunggu ayah balik
kerja
maklumlah dok rumah la kerja jadi dreba hihi
ni tengah pening sat gi laki kena pi training ke turki
sapa nak tulong 
jadi sotong lah mak oiii
haha ..ikut sekali boleh ….huhuhu 
hati pun tengah riso je..
mama tak berapa sihat
cepat-cepat lah abis exam nak balik kampung..
T.T
hanya ALLAH jelah yang tau perasaan aku yang jauh nie..

brunei -kota kinabalu

travel brunei to kota kinabalu  mengambil masa lebih kurang 4-5 jam
semestinya banyak perhentian sebab bawa anak kecil
kami juga stop makan di sipitang…org cakap satay sipitang nyaman tuk..
sesampai di kk pun di jamu makan lagi dengan seafood..

seingat nya ini kali ke tiga kot kami ke kota kinabalu…
kali ni kami bermalam di hotel tabung haji RM 160 per night

macam biasa tempat yg mesti kami pergi ..
melawat lembu di kundasang ,,, 🙂

 dan makan seafood
tapi tempat yg mesti pergi…go to eat LOKAN sambil minum air kelapa/air kelapa bakar.
sedulang lokan rm 12.00
sejalan dengan resturan gayang seafood…

dua minggu lepas kami balik ni
jadi gempar bumi di ranau..
Allah ..semoga kita semua dilindungi
semoga keluarga mangsa yang terlibat di beri kekuatan..

Brunei to Kuching

lama dah tak bercerita pasal cuti-cuti maklumlah kalau cuti pun sibuk nak balik malayisa
dan dah tentu lah ribu riban habis di situ dengan tiket kapal bagai..
leen just nak baling belakang percutian kami ke kuching..
perjalanan dari brunei ke kuching sarawak lebih kurang 15jam.
perjalanan kali ni kami rasa yg paling jauh kami jalan menaiki kereta merentasi
miri,bintulu,sibu,pusak dan sampai ke kuching…
perjalanan yang banyak mengajar kami 
banyak tempat persinggahan memandangkan travel dengan anak kecil..
nak share pic tapi rasa macam cerita dah basi sangat kot
sebab dah lama …..

school holiday march @malaysia

Alhandulillah school holiday yang lepas kami berpeluang balik cuti ke
malaysia
walaupun seminggu lebih asal boleh balik cuti..
sempat juga balik perak walaupun sehari
sebab selesaikan urusan kedai
rumah kat selangor..
alhamdulillah sempat juga bawa anak-anak ke
kidzania
actually maknya shopping di ikea
hihi beli barang untuk customer
so encik ayah yang bawa anak-anak
fee masa kami pergi tu
aisyah (6years) dan faris (4 years) : RM38
hariz (9tahun) :RM 78
ayah :RM 38
anak-anak enjoy sangat
siap nak datang lagi…
better datang sini kalau anak-anak dah besar
macam baya-baya hariz and aisyah..
nak -nak masa kami pergi weekday
orang pun tak ramai
baru sampai KLIA
jadi bomba ye…

tu bakal doctor gigi

ini memang i suka..pegawai LHDN

ini mak nya yang shopping di IKEA
sempat balik perak makan rendang

ok…bye..raya kita balik malaysia lagi..

keindahan beraya di kampung

meh kita baling belakang
sebenarnya rindu kampung kan T.T
huhuhu
paling rindu lauk pauk mama
maklumlah sepanjang di kampung ai 
tukang makan jerk
juadah berbuka puasa..
malam hari raya..sebelum pulang ke merbau sempak
aktiviti membakar..
main bunga api..
jalan raya di pagi raya..
sempat singgah ke puncak mutiara cafe
masa pergi beraya di penang..
ok lah nice food 🙂
best kan ni kat kg kak ipaq husband ..
pulau pinang
yang ni pulak supir kami di malaysia 🙂
cute kan..