susu segar

kawan-kawan ramai yg msg /inbox
lately ni susu drop
hari2 ambil stock runsing…
stress
erk..terkedu sekejap..
just motivasi mereka..
normal lah tu…keep positive..
huhuhu hakikat sebenar baru ku perasaan
aku tak de stock pun
pam hari ini utk esok
tapi tak de stress macam dulu dulu
cool saja..
hihihi..dah anak empat..
susu yang berpuluh paket semua dah
habis..
tapi alhamdulillah walaupun begitu 
tak pernah fikir nak top up fm..
tapi susu cukup je
bagus nya..
susu segar weii…
itu adalah nilai positif ok..
kawan-kawan jangan runsing susu tak cukup
every day saya balik rumah lunch 
di rumah..
pagi-pagi siap masak
thari boleh tandem nursing anak dengan pam,,
semoga anak masih bisa menikmati susu ibu

list

disebabkan semua keperluan dah let go..hihihi kena lah list balik nak beli apa

pump elektrik -sekarang dalam idaman madela

cooler bag-belum survey lagi
ais pack
storage
sling carrier -mcm nak jahit sendiri jer
milk booster-the milk story+shaklee –
tambah stok home made cloth diaper dengan insert sekali…
bed sheet baby..nak jahit sendiri jugak
car seat-tak survey lagi
stroller-em..tak survey lagi tak sure nak beli ke tak..hihihihi..
lampin..
baju..baju baby seketul pun tak dok dah..
barut-jahit sendiri

apalagi ek..mcm semua kena beli jer
apa2 pun tak de dah tinggalan sejarah ..hahaha
kalau ada pun baju 1st time mereka pakai waktu lahir…memory lah kono

NIP

__isu hangat ye sal NIP nie (nursing in public)
em…ada org mempertikaikan soal aurat..
bagi aku lahkan..NIP tu ok je kot
asalkan pandai cover..GUNA lah NURSING COVER
pakai baju NURSING..

pandangan aku..
aku memang sangat susah utk NIP…
aku direct feeding siap2 dlm kereta or
aku sebolehnya cari nursing room….
kalau dah terdesak sangat-sangat tak jumpa nursing room..
baru aku carik nursing cover…
kalau kat tempat makan kadang-kadang aku
masuk kereta just for BF..
kalau kat rumah pun ada ahli keluarga lain..
aku nursing my baby kat dalam bilik..
kat rumah sedara mara pun ..cam tu pinjam bilik ke..
so far family mg support dan paham..:)

so..yg pandai2 issue soal aurat ni aku pun tak paham
motif apa..
sesungguhnya ibu2 yg BF nie semua bijak2
tak de nya dia org nak show off yg bukan-bukan..

hihi..gamborr seksi2 kt merata-rata tu can ner ek..

JIMAT..JIMAT!!

kadang – kadang sakit hati gak bila orang cakap
pakai cd,cp bagai nak jimat ker?

huhuhu..

kebenaran yang ingin aku bagitahu
misi utama CLOTH DIAPER,SUSU IBU,CLOTH PAD
bukan sebab nak JIMAT

kita ada pilihan kita boleh
pilih yang TERBAIK untuk anak kita..
untuk jangka masa panjang semua nie memang menjimatkan

tapi cuba fikir2 kan
cost nak beli semua gadget penyusuan susu ibu
pam, storage ,cooler bag , freezer ,ice pack, warmer
JIMAT kalau tak beli semua ni..direct feeding.. sahaja..
atau marmet  so tak payah beli pam

CDing…cost membeli sekeping pun rm 25 china brand
kalau custom made …brand grovia…huhu..
up to rm 75 sekeping…
JIMAT kalau pakai kain lampin tak waterproof
tapi kena rajin
sekurang-kurangnya aku telah mengurangkan sampah 🙂

CLOTH PAD..kalau malas pakai jer ..
pad pakai buang
ada juga terbaca pasal bahan-bahan
pemutih kapas yg ada dalam pad/pampers tu..
aku pun tak pasti…
sebab tak der pengesahan terperinici…
yang ianya boleh menyebabkan kanser
so it’s up to u…
utk yang lebih baik bersih dan menyelamatkan
alam sekitar
aku pilih CLOTH PAD…

JIMAT sekiranya ANDA BIJAK..
beli ikut keperluan bukan..membazir..
asal nampak CD design cantik-cantik sikit je nak borong
tak cukup satu pam….dah ada elektrik nak manual dengan battery
pulak (tu perangai aku ler tu)
apa pun asal kan kita tak tersasar …
sometimes sangat seronok…kita explore
benda -benda nie..
mendekatkan kita dengan ilmu ke ibu bapaan..
kalau dah explore susu ibu mesti akan
terjebak with homemade solid food
enjoy to prepared them…tak yah ler nak pi beli
nestum segera bagaiiii.. 🙂 anak pun sihat

renung-renung kan…
KALAU MALAS jangan dok kata
NAK JIMAT ker…wat benda nie semua..
yg bagi susu badan ni pun MALAS jugak
MALAS nak bancuh susu  🙂

aku mungkin tak terasa kalau orang cakap cara
berhemah..
tapi kalau macam menyindir
bengkak jugak lah jiwa.. hahaha..